Blog Widget by LinkWithin

Saturday, May 23, 2009

Aku..3

Sambungan dari Aku.. Aku..2

Aku insan biasa,
Ada rasa..
Dan ada jiwa,
Cinta aku ada nilainya,
Ia mungkin takkan sama,
Walau kau rasa itu syurga,
Walau kau rasa itu sempurna,
Walau kau rasa itu segala,
Tapi kau tetap kehilangannya,
Ia hilang sampai bila-bila.
Takkan dikapai semula.

Samar aku bangun dalam kegelapan, aku tetap berdiri. Yang pasti, aku bukan bermimpi. Inilah realiti dalam kehidupan di dunia ini! Aku redha pada Mu Tuhan..


Aku redha menerima, sesungguhnya dia telah tiada. Aku sudah lalui duka, aku sudah rasa apa itu kecewa. Tapi kau jangan lupa, masa engkau senang tidak tahu sampai bila. Mungkin kau akan merasa, apa yang kau pernah cipta. Pasti suatu hari nanti, kau tentu akan berduka jua.


Pernah aku menitiskan air mata bila dengan mudah dia pinta, lupakan nya kerana ada insan lain yang lebih sempurna. Jiwa aku menjadi kosong, terlalu binggung. Kenapa aku di hukum sebegini rupa? Apa salah aku dalam cinta itu? Inikah balasnya terhadap aku?

Walau beribu hujah kau berikan, aku tetap angap itu semua alasan. Memang cinta aku kau mainkan. Aku pernah beri segala tapi ini yang dia pinta. Kecewa aku hanya Tuhan saja yang tahu. Mungkin ini balasan terhadap aku kerana terlalu mengagungkan cinta dari Tuhan yang Maha Pencipta. Sesal aku tiada berguna ini semua telah menjadi kenyataan.

Aku punya duit, aku punya keluarga yang sayangkan aku, aku punya kawan-kawan yang baik dan aku punyai segalanya. Cuma satu, aku kehilangan sesuatu yang dulunya menjadi pelengkap dalam hidup aku. Kehidupan harian aku kini berubah. Jika dulu setiap pagi pasti ada seseorang yang akan kejutkan. Begitu juga sebelum tidur. Dulu aku sering menerima SMS yang aku sentiasa tunggu. Aku tidak pernah rasakan yang aku bosan pada dia. Bila aku memerlukan seseorang, dia selalu disisiku. Bila aku ada masalah, dia lah tempat ku mengadu untuk membantu ku. Kini dia sudah tiada. Tak mungkin kembali dalam hidup ni dan aku tiada kata lagi yang mampu untuk dilafazkan.

Apapun aku tetap bersyukur biar di mana pun aku dan dia berada, kami masih dapat melihat Bulan yang sama. Alhamdulillah..

Janji aku ”cinta ku sampai mati” telah berakhir disini, seperti yang dia pinta dan dia telah dusta. Maafkan aku..

Bila ini aku terduga, aku rasakan semua cinta itu dusta. Tiada kepastian dan kesetiaan. Yang ada cuma penipuan manusia kerana hanya mengejar nafsu dunia. Setahun sudah aku tidak pernah berdampingan dengan mana-mana wanita, walau aku tahu ramai yang menginginkannya. Aku tolak semua kerana aku tidak sangup lagi untuk merasakan semula bagaimana kecewa. Biarlah aku sendiri bersama kawan-kawan, aku lebih gembira.

Aku sudah tiada apa, melainkan kenangan bersama. Aku berjanji, aku akan buang semua. Semua kenangan yang duka dahulu aku bersama dia. Mungkin sudah sampai masanya hati ini perlu diubati, perlu dikasihi. Tapi aku sering pinta pada Ilahi, jangan lah hati ini berduka kembali, biarlah cinta ini betul-betul kepada yang akan menjadi Isteri.

Aku sedar kini, dunia masih lagi ada didepan. Aku terus melangkah mencari nilai dalam kehidupan.
Aku sedar kini, aku perlu seseorang untuk berkongsi dengan apa yang aku akan lalui.
Aku sedar kini, aku perlu seseorang untuk mengisi kekosongan hati ini.
Mungkin aku telah bersedia untuk mencari penganti. Kepada sesiapa yang benar-benar tahu apa itu erti setia dan cinta, kepada yang sangup menerima aku seadanya, kerana aku seorang insan biasa yang tidak punya apa-apa. Tiada apa yang boleh dibangga, yang ada cuma cinta dan setia. Janji aku untuk kita bahagia bersama sampai bila-bila!

Kepada Dia, terima kasih kerana kau telah mewarnai hidup aku ini. Doakan semoga aku lebih sempurna, semoga aku lebih bahagia. Begitu juga dengan dia, semoga kau sentiasa gembira. Tiba saat ini aku telah maafkan dan melupakannya.

2 Komen Pembaca:

Ai Adachi said...

cmne 'cinta' 2 boleh hilang?

adoyai..

Ai Adachi said...

Lin nk tanya la
Encik nie bercinta dgn budak2 bwh umur ke?

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya