Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, May 19, 2009

Blogger, Kerja Gila?



Kenapa Ber Blog? Orang cakap buang masa, Suka berkhayal, Suka fitnah dan poyo. Ye ke? Kalau di tanya kepada saya, ”kenapa Afiq Ber Blog?” Jawapan saya mudah. Kerana Suara kita mungkin tidak di dengari, tetapi kita masih dapat luahkan rasa hati kepada seluruh dunia. Dalam pada itu mungkin ada yang berguna untuk di kongsikan bersama. Itu lah sebab utama saya menjadi Blogger walaupun tidak terkenal.Ok saya nak cerita skit mengenai blog ini. Orang biasanya ber blog atau menjadi blogger kerana beberapa sebab. Iaitu :

1) Adalah kerana minat. Menjadi blogger ini memerlukan minat yang tinggi kerana anda perlu menulis catatan baru setiap hari atau sekurang2nya 3 hari sekali. Kalau di tanya kepada Mat Rempit, tentu mereka tak sanggup.

2) Nak jadi penyampai, misalnya berita2 terkini, Politik dan juga dakwah, macam saya. Kita mungkin tidak dapat menyampaikan pendapat atau luahan hati kita melalui radio atau TV atau surat khabar sebab kita bukan artis, jadi yang paling sesuai adalah di blog. Tulis je di blog, satu dunia boleh baca. Tak kena bayar tu yang menarik.

3) Nak iklankan barang, terutama orang yang ber MLM. Boleh iklankan produk mereka secara percuma. Cerita tentang sistem MLM meraka, senang xpayah lah buat flyer kertas dan dicampak2 kerumah2, kesannya akan berkurangan lah pokok2 serta menyebabkan sampah menimbun.

4) Yang ni mungkin ramai yang tak tahu. Ber blog untuk cari duit. Ye, memang benar dengan blog boleh buat duit. Korang perasan tak kat blog saya sebelah kanan ada iklan dari Nuffnang? Setiap orang yang membaca blog ini akan dikira membaca iklan tersebut dan syarikat iklan itu lah yang membayar. Kalau tak silap saya Rm 0.02 setiap kali orang baca, memang tak banyak bagi blog yang tak best ni sebab pengunjung setiap hari Cuma 50-100 orang. Tapi blog2 yang famous mcm www.tranungkite.net, www.justkhai.com dan macam2 lg lah, boleh capai 100000 orang pengunjung setiap hari. Kalau Rm 0.02 x 100000 = Rm 2000. Wow, banyak kan?


Yang kedua iklan dari banner2 contoh Lelaki Kuat, Klik Dapat Duit, Jana Pendapatan dan bermacam2 lagi. Jangan cari kat dalam blog ini, memang takde.. Iklan2 ini biasanya ada di blog2 yang rating nya tinggi sahaja, contohnya 100000 pengunjung setiap hari. So penulis blog boleh lah sediakan tempat untuk banner2 ni dan biasanya bayaran di kenakan. Ada yang sampai Rm 300.00 sebulan untuk satu banner. Kalau ada 10 banner Rm300 x 10 = Rm 3000. Banyak kan? Moga2 blog saya ini akan mencapai sehingga tahap itu. InsyAllah.. Jadi 2 cara ni lah macam mana nak buat duit dengan blog. Bestkan?

5) Nak jadi terkenal. Yerlah kita bukan artis, tp dari tulisan blog yang bagus biasanya lama2 jadi terkenal. Macam khai dari blog Justkhai.com sampai nak kena saman dengan artis lg tu.hahaha.kan terkenal tu. Dan biasanya blogger2 ini nak satu dunia tahu dia ada blog..ahak, macam saya. Tapi pada saya biarlah orang hanya kenal dari tulisan yang berguna. Bukan kenal siapa diri saya.


Ini lah serba sikit mengenai kenapa Ber Blog dan blogger bukan lah satu kerja gila. Yang penting niat kena lah baik, supaya ramai yang mendapat manafaatnya. Kalau buat blog untuk keburukan itu bukan kerja gila, tapi dia memang GILA!


Kepada pengunjung2 setia blog ini saya nak ucapkan, ribuan terima kasih..Kerana tanpa anda yang membaca apalah penulisan saya ini. Jangan lupa bagi lah komen yang membina kepada saya. Terima kasih! Sekali lagi.


Catatan kali ini macam agak mengarutkan? Tengah demam, otak tak berapa ok kot. :)

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya