Blog Widget by LinkWithin

Monday, May 4, 2009

Siapa Peduli

tika aku meratap sepi,
aku terkenang kembali,
saat gembira aku rasai,
kini menjadi kenangan abadi.

cukup sukar aku luahkan,
bila masa aku keseorangan,
tidak pernah aku sesalkan,
tetap aku simpan menjadi kenangan.

kau sedar aku disisi,
sering mendamba erti cinta,
kau tahu nilai hati,
tapi kau sering lupa.

kau pernah hulurkan tangan,
aku sambut penuh kepastian,
kau pernah pinta harapan,
aku balas dengan keihlasan.

madah janji kau mainkan,
penuh dengan kejujuran,
kenapa tidak kau kotakan,
atau bisikan itu hanya hiasan?


kadang aku rasa,
aku tiada apa,
kau tidak kenal siapa,
insan mana yang mulia.

peduli aku dimana?
tidak pernah kau rasa,
apa gembira atau duka,
aku seorang yg lara.

hari ini kau gembira,
bila kau telah pergi,
tapi sampai satu masa,
akan kau kenang aku kembali.

realiti tidak akan menjadi mimpi,
masa juga tak kan kembali,
memori ini tetap diingati,
walau sampai akhir nanti.

biar aku kau benci,
biar aku kau caci,
hakikatnya tetap pasti,
kau menipu diri sendiri.

biar aku hilang cinta,
biar aku rasa sensara,
asal kau rasa gembira,
asal kau sentiasa bahagia.

Kau sentiasa aku doakan,
Agar kau mendapat rahmat,
Jagalah diri jgn digadai Iman,
Moga hidup sentiasa berkat.

Usah peduli aku disini,
Biar aku sentiasa sepi,
Ini semua suratan Ilahi,
Dia Maha Mengerti..

-Afiq-
3/5/2009

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya