Blog Widget by LinkWithin

Monday, May 25, 2009

Yeah..tonton Syurga Cinta..



Ingat lagi tak posting saya yang lepas, Syurga Cinta? Siapa dah Nonton? Saya teringin sangat nak pergi, tp takde teman yang belanja..Ahak..Hari ini tercapai jua! Terima kasih sahabat yang sudi menemani ku..Akan ku kenang sampai bila-bila jasa mu itu..Namanya? Rahsia...

Berbalik pada cerita itu, memang menarik. Kalau saya diberi peluang ditemuramah akan saya berikan **** bintang untuk cerita Syurga Cinta, lakonan Awal, Heliza dan adik Haziq. Walaupun Heliza dan adik haziq sedikit kaku tetapi jalan ceritanya yang menarik membuatkan hampir tiada cacat cela.

Ceritanya berkisah tentang kehidupan keluarga yang sangat bersosial sehingga lupa akan Agama. Berparti dan sentiasa melakukan maksiat. Memang tidak dinafikan keadaan ini berlaku dalam masyarakat sekarang. Lihat anak muda sekarang, berpeleseran disana sini. Bergaul bebas tanpa batasan. Kalau jemaah di Masjid itu boleh kira berapa remaja, silap2 langsung tiada. Nak jadi kan cerita dalam Syurga Chenta ni, Lelaki sosial dan suka mempersendakan Agama ini bercinta dengan Gadis Ayu yang Solehah. Tapi pelik ke?

Pada saya, lelaki memang macam tu. Kalau perempuan berambut perang dan seksi cuma untuk hiburan saja, tak mungkin bawa balik untuk tayangkan kepada mak dan ayah sebagai calon isteri. Yang dicari untuk teman abadi sampai akhirat nanti tentulah Solehah, Lemah lembut, Penyanyang dan Cantik. Sebab wanitakan ikon kepada anak2. Takkan lah lelaki nak cari ibu untuk anak2 mereka yang kaki disco. Betul x?

Lelaki tersebut cuba memikat gadis ayu yang ala2 muslimah itu setelah dicabar oleh rakannya. Berbagailah cara dilakukan untuk memenangi hati gadis itu. Tapi Akhirnya dia sendiri betul2 jatuh cinta. Cinta ini memang tidak boleh dibuat mainkan? Cinta kan buta. Pernah dengar tak kisah kawan baik bercinta dengan kekasih kawan nya itu? Mula2 pandang, pastu rasa, lama2 jatuh cinta.

Dalam cerita ini yang menariknya apabila nasihat yang diberikan oleh datuk gadis tersebut iaitu 3 ketegori cinta.

1) Cinta dari Syaitan iaitu cinta suka sama suka tetapi hanya kerana nafsu semata2. Ini yang paling banyak berlaku sekarang ni. Akhirnya berlakulah maksiat yang mungkin memaksa meraka berkahwin.

2) Cinta dari Jin iaitu cinta yang memaksa contohnya mengunakan santau dan pelaris. Memang akan berkahwin tapi bukan dengan rela. Rasanya masih ada lagi mereka2 yang mengunakan cara ini dan ianya tidak mustahil. Minta lah dijauhkan oleh Allah SWT.

3) Cinta dari Allah iaitu cinta yang lahir dari hati terus sehingga berkahwin. Cinta ini lah yang membawa bahagia dan Bercinta hingga ke syurga. Eh tajuk catatan saya yang lepas kan? Ingat balik.

Jadi anda pilih cinta dari ketegori mana?

Penghujung cerita memang dihiasi dengan deraian air mata, termasuklah yang berada disisi saya. Yer lah siapa yang sangup apabila cinta dipermainkan dan dipersenda. Tentulah berduka, namun mereka akhirnya gembira. Gadis itu terima lamaran dari lelaki dengan suasana yang cukup romantis. Mungkin saya akan tiru untuk gaya lamaran seperti itu untuk si gadis yang akan bertuah..Ahak..Siapa?

Lepas tu? habis cerita! Kalau semua saya nak cerita susah lah pangung wayang nak laku.

Nasihat saya penuhilah aktiviti hujung minggu anda ini dengan pergi menonton Syurga Cinta!
Sokong Hiburan Seni Tanah Air.

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya