Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Sunday, May 31, 2009

Kawan Ku kahwin lagi..

Baru tadi aku menghadiri majlis perkahwinan sahabat ku semasa di asrama Sekolah dulu. Kami memang sangat rapat. Rasanya baru semalam kami berpisah, kau dah berkahwin hari ini. Selamat Pengantin Baru Sahabat ku Aizudin B Zakaria. Tahniah, semoga dikau bahagia sehingga keanak cucu.

Seperti biasa, soalan lucah yang kerap di tanyakan kepada aku oleh rakan2, 'Kau bila lagi nak bernikah ni Afiq?'. Hahahaha.. Jawapannya, 'Kau bawa 2 orang anak kau nanti di majlis perkahwinan aku nanti.' Ahak..

Gembira bila tengok kawan2 dah berumah tangga. Ada yang dah bawa anak. Tapi aku, bawa mak..hahaha.. Lagi pun akukan masih remaja.. Banyak lagi masa kan? Tak perlulah gelojoh sangat, calon pun belum ada..

Masa dan takdir dari Tuhan akan menentukan. Sampai satu masa aku pun akan bergelar bapa.

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya