Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Thursday, July 2, 2009

Hantaran Perkahwinan

Selepas pulang dari kelas tambahan di Batu Gajah malam tadi, saya bersama Akmal singgah di sebuah kedai untuk melepaskan lelah selepas penat mengajar. Berbuka lah satu topik yang saya rasa kira2 hangat untuk diperkatakan. Mula2 teringat pada satu majlis kahwin rakan saya, Iwan hujung bulan 5 haritu. Majlis kahwin dengan 26 khemah makan siap diiringi dengan persembahan kebudayaan Gamelan Melaka. Memang meriah dan mengikut jangkaan kami, majlis tersebut menelan belanja antara 300k hingga 500k. Yup jangan tak percaya! ini memang hakikat majlis tersebut memang menelan belanja RATUSAN RIBU RINGGIT MALAYSIA! Tapi ape nak heran, anak tokey 2 Buah station minyak petronas besar di Melaka ini, kalau belanja 1 juta pun dia sangup.

Lepas bincang2 hal majlis, terbacul pula soal hantaran dari salah seorang rakan. Seorang gadis yang berpendidikan biasa, Jawatan pun biasa, Cun pun biasa2 saja minta hantaran dari pihak lelaki RM15k..Wah..giler betul.. Ni belum masuk belanja Majlis Kahwin dan Barang Hantaran. Mas Kahwin kalau RM40 boleh lah dimaafkan lagi. Tapi ini dah terlampau2.

Sebelum tu Afiq nak tanya, betul ke hantaran kalian macam tu punya mahal? Dah boleh dapat sebijik Kereta Proton Wira cap Nasional terpakai tau. Hmm, pening juga pikirkan kalau dah macam ni, yer lah kalau dah Hantaran terlalu mahal, ramai lah orang macam Afiq ni tak kahwin2.Adoyai..

Kalau Afiq lah, bakal isteri jangan nak letak mahal2 ok. Afiq nak jadikan calon pun dah cukup baik. Kalau kata si Calon nak minta RM 15k, Afiq nak bandingkan dengan ini :-

1) Kereta Afiq nilai RM80k
2) Motor Afiq nilai RM3k
3) Rumah Afiq nilai RM200k
4) Insuran nyawa Afiq RM300k
5) Afiq ada kerja
6) Afiq ada perniagaan
7) Afiq juga berpendidikan
8) Afiq juga berpewatakan @ hensom..ahak..
9) Afiq ada blog yang mungkin juga bernilai
10) Dan yang paling penting, Kasih Sayang Afiq Tak Ternilai tau!

Apalah ada pada nilai wang ringgit kan? Lama2 habis juga. Buat gadis diluar sana tu, kalau korang nak pinang Afiq, nak bagi Wang Hantaran Berapa? Lepas buat perbandingan? Hmm, Afiq minta tak banyak, setia sehingga ke akhir hayat je ok..Boleh?

Huhuh..Takot lah nak pikir pasal kahwen2 ni, lagi pun umur masih muda lagi. Akil baligh pun belum lagi..Hahaha..Kepada yang asik nak tanya, Afiq bila lagi nak Dirikan Masjid, dah terjawab sebenarnya dalam entri lepas dalam Undangan Majlis Perkahwinan. Ingat lagi tak? Tak dapat Masjid sekarang, surau pun tak pelah kan?

So ada sape nak pinang Afiq??

10 Komen Pembaca:

L25 said...

kawin,hantaran kahwin?

haha
no komen!

Unknown said...

Hurm..cam tu la lelaki...
bila bercinta...
"sanggup berkorban apa saja...
lautan api pown sanggup ku renangi..."

Tapi bila mintak hantaran tu...berkira pulak..isk isk..

Bukan apa...selalunya hantaran neh ppuan akan guna untuk preparation majlis kahwin blah ppuan la...

Sebelah lelaki...kenduri tak besar kan..org kata...sekadar kenduri sambut menantu. So apa salahnya..kalo kerna sayang...tolong support sket bila blah ppuan nak buat kenduri kawen kan?

So...sayang kah anda? hal duit pown nak berkira...hahahaha

Afiq Danial said...

De_are_na : ok, kalau mcm tu pompuan jgn letak hantaran mahal3 ok..sebab untuk belanja Majlis je kan. Sayang memang sayang, tapi kalau sayang tapi tersiksa pun tak patut juga kan..

Bukan berkira sebenarnya, perkahwinan ni bukan hanya belanja 1 hari untuk majlis sahaja, tetapi untuk sepanjang hayat bersama. So soal sayang sebenarnya tidak wujud, kalau xsayang xnak nak kawen untuk hidup sepanjang zaman bersama pasangan kan? Renung-renungkan..selamat beramal..

Unknown said...

wah2...ingat blanja majlis RM 2 atau 3 ribu ja ka?
Duit untuk makanan...pelamin... baju... hantaran... bunga telur...cokelat2...beg untuk org tahlil...untuk sedara2...lauk pauk pengantin... itu semua pown pakai duit gak cik abg...wah2 kalo kira neh tak habes2...hehehe

Takkan sampai tersiksa kot? Kalo seorang lelaki yang benar2 merancang masa depan nya..pasti semua perbelanjaan ini dan pown berada di fikiran seorang lelaki...ni tak...duit habes untuk rokok...kete...boleh pulak? sanggup modify kete..beli bagai2 untuk kete...tapi tak sanggup nak blanja lebey sikit untuk yg tersayang? Ini membuktikan betapa bersungguhnya seorang lelaki mengkehendaki seorang wanita.

Sememangnya tujuan untuk hidup sepanjang zaman. Tetapi apalah RM15k kalo untuk sepanjang hidup bersama? Kalo paling minimum pown...hidup 15 tahun bersama...baru RM1k setahun...itu pown nak berkira?

p/s: sekadar mengutarakan pendapat...tidak berniat untuk mencantas sesiapa..andai terkasar atau tersilap kata...maafkanu kerna aku hanya manusia yg bisa melakukan kesilapan...

Afiq Danial said...

saya suka lah komen de_are_na..mulai dari hari ni Afiq kene kumpul duit untuk kahwin..ahak..

tanda sayang bini beb!wah untuk sape3 jadi miss calon ni..

Unknown said...

gitu la..tak semestinya ada calon..baru nak simpan duit...takde calon pown..apa salahnya kan..bersedia...jumpa ja calon...terusssss leh kawen...hahahaha...

w i w i chan said...

The low cost/minimum for hantaran in Kuala Lumpur is rm13k i guess.. for me, mas kawin is more important coz that is a gift from husband to his lovely wife which is the husband cannot use this money. Its haram u know haha. so utk menunjukkan seseorg lelaki ini menyintai wanitanya shingga akhirat, bagilah mas kawin tu lebih RM nye dari yg ditetapkan. hantaran rm10k pon jadila. if kat KL, mas kawin rm80. but if u guys loves ur girl, bagilah hadiah rm8k.

p/s : klaw nilai mas kawin sama ngan hantaran lagi bagus ehehe

Ceria said...

Wiwi, i bagi u mas kahwin rm160. 2 kali ganda biasa. ok tak? Tunai tau.. Hantaran buah-buahan je lah eh..hehehe..

w i w i chan said...

ahahahaha 2ari mkan pon xabes. sihat tu bg buah2an. putih jernih je kulitku hehe

azly said...

10) Dan yang paling penting, Kasih Sayang Afiq Tak Ternilai tau!

Yang ni yang paling tak ternilai & harap-harap bakal pengantin tau akan kewujudan kasih sayang dalam kehidupan. Betul kan?

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya