Sebenarnya, entri ini adalah yang terakhir untuk bukan Jun. Bukan lah terakhir untuk selama-lamanya. Yer lah, menjelang tengah malam inikan dah masuk bulan Julai 2009. Cepat kan masa berlalu, walau pun kita rasa sangat sekejap mengharungi Bulan ini tetapi ini lah hakikat yang kita perlu tahu. Mungkin sudah sampainya akhir zaman. Sedar tak sedar, beribu memori tercalit dalam minda kita dalam saban hari kita menempuhi hidup. Betul tak? Ada yang gembira dan ada juga yang merana.
Sedar tak sedar, blog ini juga hampir mencapai usia 2 bulan bermula dari 5 Mei 2009. Dan jumlah entri dalam blog ini juga mempunyai 92 termasuk hari ini. Terima kasih kepada pembaca dan sahabat2 yang telah menjayakan perkembangan Blog WWW.PERMATA-MERAH.CO.CC
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimcokt5xXKPL0BIFFsW97An7Dla0D6wYiKTFyUYrk49vKLBEyh1bii39Hg2jOZlIGXjbm-NLfh6uaXauHX5WHk6PYTzCBxIqO-y582gw_I9zAvoqIO_pWG7M0cREyesP2qdq49f1PM5TV9/s320/30jun.jpg)
Ok, stop emosi! Berbalik kepada Bulan Jun 2009 yang akan berakhir tak lama lagi ni, untuk pengetahuan semua, Afiq masih lagi single! Belum ada lagi insan yang berjaya membuka hati ini.Ahak..Walaupun dengan posting entri bertajuk Mencari Kekasih Baru. Ingat lagi tak? Walaupun ada beribu yang meraung kekecewaan kerana tidak terpilih, jangan berputus asa, cuba lagi untuk menawan hati Afiq ni. Terima kasih juga kepada pihak juri Profesional yang dibayar mahal kerana nasihat3 dari anda.
Kehadiran bulan Julai ini pastinya menambahkan kesibukkan kerana Peperiksaan UPSR anak3 didik dah makin hampir. Tak sampai 2 bulan saja lagi. Ternyata yang lebih sensara adalah guru2, padahal yang mengambil periksa adalah murid. Kertas Ujian semalam pun belum lagi habis ditanda. Kalau ada yang sudi2 nak menanda kertas, meh tolong sini. Mungkin upahnya tiada tetapi pahala dari Tuhan itu pasti. So ikhlaskan diri.
Sebelum terlupa, nak ucap taniah kepada anak3 murid yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Rekoder peringkat Negeri Melaka dan telah menjuarainya. Taniah SK Air Baruk!
Dan kepada semua pembaca dan sahabat, Terima kasih Afiq ucapkan dan Selamat Menyambut Bulan baru dalam tahun 2009 ini iaitu Julai 2009! Yeah! Salam bahagia Semua!